Sabtu, 28 September 2013

Program MPOB

Program MPOB Kg. Kuala Keramuak

    Program Lembaga Minyak Sawit Malaysia atau Malaysian Oil Plam Board (MPOB) telah diperkenalkan di Kg. Kuala Keramuak pada pertengahan tahun 2010.  Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) merupakan agensi utama kerajaan yang berkhidmat dalam industri kelapa sawit negara.  Peranan utamanya ialah untuk pembangunan dan kesejahteraan industri minyak sawit Malaysia (http://www.mpob.gov.my/).  Melalui agensi ini, penduduk kampung mendapat pelbagai faedah bantuan yang diberikan seperti bantuan benih sawit, kewangan dan baja.  
          Selain itu, terdapat pemantauan daripada pihak MPOB untuk memastikan sistem penanaman, pembajaan dan pembersihan ladang sawit adalah berdasarkan piawaian pengrusan tanaman kelapa sawit.  Dengan adanya program ini, secara tidak langsung penduduk kampung dapat membuka tanah rancangan yang pada peringkat awalnya masih hutan belantara kerana belum diusahakan.  Di samping itu, dapat meringankan beban penduduk dalam mengusahakan tanaman ini terutama dari aspek keperluan baja dan benih kelapa sawit.
      Pada peringkat awal, penduduk di Kg. Kuala Keramuak enggan menyertai program ini.  Hal ini disebabkan oleh kekurangan maklumat mengenai program tersebut dan masih menanam sifat keraguan terhadap pihak MPOB.  Walau bagaimanapun, atas usaha pihak MPOB mengadakan taklimat kepada penduduk menyebabkan terdapat beberapa orang penduduk kampung ingin menjadi ahli iaitu seramai 15 orang. Secara tidak langsung, dapat menarik minat sebilangan penduduk lagi setelah 15 orang penduduk tersebut mendapat bantuan yang dijanjikan oleh pihak MPOB.

AKTIVITI PENANAMAN BENIH KELAPA SAWIT





Program Penyampaian BR1M 2012

Program Penyampaian BR1M Mukim Keramuak


YB Masiung Bana ke anjung selera di YS Kg. Kuala Keramuak

YB Masiung Bana

Anggota rela yang bertugas dan rombongan YB Masiung Bana

Rombongan YB Masiung Bana dan Pejabat Daerah Tongod

Menjamu selera di Anjung Selera YS Kuala Keramuak

Jumaat, 27 September 2013

Program Asas Rela Mukim Keramuak 2012







Program Taklimat Asas Rela Mukim Keramuak 2012 merupakan salah satu aktiviti yang bertujuan untuk memberi pengetahuan asas kepada anggota rela yang baru mahupun yang telah menjadi ahli tetap.  Antara taklimat yang disampaikan ialah mengenai konsep, visi dan misi Persatuan Rela Daerah Tongod. Program ini telah diadakan pada 10 Disember 2012 bersamaan hari Isnin dan bertempat di Kg. Kuala Keramuak Tongod.  Bagi menjayakan program ini pihak penganjur telah meminta khidmat penerangan atau taklimat daripada Tuan Yuspin Linggang selaku Penolong Pegawai Rela Daerah Tongod dan seterusnya merasmikan program.  Berikut beberapa aktiviti yang diadakan pada sisi taklimat tersebut :


Latihan Kawad Kaki yang dipimpin oleh PPRD Tongod

Dewan Serbaguna Kg. Kuala Keramuak untuk sisi taklimat

Anggota Rela berehat selepas menjalani latihan kawad kaki

Sesi Bergambar
Sisi Taklimat Asas Rela

Perasmian Program Taklimat Asas Rela Mukim Keramuak 2012

Penyampaian Sijil kepada peserta



Pengenalan Kg. Kuala Keramuak


Pemandangan Kg. Kuala Keramuak dari Dewan Serbaguna Kg. Keramuak Dalam


1.  Nama Kampung      : Kuala Keramuak

2.  Mukim                   : Keramuak

3.  Daerah                   : Tongod

4.  Negeri                    : Sabah    

5.  Diwartakan             : 6 hb Feb 1990

6.  Keluasan                 : 19, 486 ekar

7.  Kedudukan              : Terletak di tengah-tengah daratan Sungai Keramuak dan Sungai
                                     Kinabatangan

8.  Majoriti Kaum          : Sungai

9.  Majoriti Agama         : Islam

10.Status kampung        : Pedalaman Sabah 

11.Kepimpinan

            i).  Parlimen P.187 Kinabatangan
                 : YB Datuk Bung Mokhtar Radin

            ii). Adun 47 Kuamut
                  : YB Masiung Bana

            iii).Ketua Anak Negeri
                  : En. Mohamad bin Katam

            iv).Ketua Kampung
                  : En. Abd. Jalal bin Kadir

            V).Jawatan kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung

                  : En. Wahab bin Katam