Sabtu, 28 September 2013

Program MPOB

Program MPOB Kg. Kuala Keramuak

    Program Lembaga Minyak Sawit Malaysia atau Malaysian Oil Plam Board (MPOB) telah diperkenalkan di Kg. Kuala Keramuak pada pertengahan tahun 2010.  Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) merupakan agensi utama kerajaan yang berkhidmat dalam industri kelapa sawit negara.  Peranan utamanya ialah untuk pembangunan dan kesejahteraan industri minyak sawit Malaysia (http://www.mpob.gov.my/).  Melalui agensi ini, penduduk kampung mendapat pelbagai faedah bantuan yang diberikan seperti bantuan benih sawit, kewangan dan baja.  
          Selain itu, terdapat pemantauan daripada pihak MPOB untuk memastikan sistem penanaman, pembajaan dan pembersihan ladang sawit adalah berdasarkan piawaian pengrusan tanaman kelapa sawit.  Dengan adanya program ini, secara tidak langsung penduduk kampung dapat membuka tanah rancangan yang pada peringkat awalnya masih hutan belantara kerana belum diusahakan.  Di samping itu, dapat meringankan beban penduduk dalam mengusahakan tanaman ini terutama dari aspek keperluan baja dan benih kelapa sawit.
      Pada peringkat awal, penduduk di Kg. Kuala Keramuak enggan menyertai program ini.  Hal ini disebabkan oleh kekurangan maklumat mengenai program tersebut dan masih menanam sifat keraguan terhadap pihak MPOB.  Walau bagaimanapun, atas usaha pihak MPOB mengadakan taklimat kepada penduduk menyebabkan terdapat beberapa orang penduduk kampung ingin menjadi ahli iaitu seramai 15 orang. Secara tidak langsung, dapat menarik minat sebilangan penduduk lagi setelah 15 orang penduduk tersebut mendapat bantuan yang dijanjikan oleh pihak MPOB.

AKTIVITI PENANAMAN BENIH KELAPA SAWIT





Tiada ulasan:

Catat Ulasan